Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Wong Zee Yeng bersama tetamu lain memotong renyai pada Program Mantar Gawai di Dewan Sentral Sarikei, pada Khamis. Foto: TVS.

Gawai Dayak serlah keunikan perpaduan Sarawak

SARIKEI, 26 Mei: Keunikan sambutan Hari Gawai bukan hanya berperanan sebagai platform mengeratkan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum tetapi juga menyerlahkan nama Sarawak di mata di dunia.

Pengerusi Majlis Daerah Sarikei (MDS), Kaunselor Wong Zee Yeng berkata, kehadiran kaum lain yang turut sama meraikan perayaan itu adalah sesuatu yang cukup istimewa dan unik.

Menurutnya, kepelbagaian dalam sambutan perayaan berkenaan memiliki nilainya yang tersendiri, mengagumkan ramai pihak sekali gus menjadi simbolik penyatuan rakyat Sarawak walaupun berbeza kaum dan agama.

“Ini sudah menjadi satu kebiasaan namun bagi pengunjung luar yang pertama kali datang ke sini, suasana ini sesuatu yang amat luar biasa.

“Saya berharap budaya ini dapat dipertahankan kerana perpaduan asas penting kepada kestabilan politik dan pembangunan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membaca teks ucapan Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Dato’ Sri Huang Tiong Sii pada Majlis Malam Mantar Gawai Dayak 2023 di sini, pada Khamis malam.

Beliau berkata, Hari Gawai merupakan sambutan perayaan bagi masyarakat Dayak namun, kaum lain boleh menjadikannya sebagai wadah menjalinkan hubungan yang lebih erat.

Ujarnya, amalan baik itu bukan sahaja semata-mata tradisi tetapi juga mampu membentuk sebuah masyarakat yang bertolak-ansur dan saling faham memahami antara satu sama lain.

“Oleh itu, sambutan perayaan memberi memberi peluang kepada kita lebih memahami adat resam dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Bagi saya amalan baik ini perlu terus dipertahankan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan