SONGKHLA, 26 Mei: Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik Thailand (ONCB) berjaya merampas 1.2 tan dadah jenis kristal Methamphetamine bernilai 120 juta baht di Songkhla, selatan Thailand pada Jumaat.
Setiausaha Agung Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik Thailand (ONCB) Wichai Chaimongkol berkata dadah itu dirampas di sebuah rumah yang dijadikan stor penyimpanan.
Selain itu, beliau berkata sebahagian dadah juga ditemukan dalam dua buah pikap yang pakir di pekarangan rumah.
“Ini merupakan rampasan terbesar pada tahun ini. Siasatan awal mendapati dadah itu dipercayai akan diseludup ke Malaysia,” katanya.
Beliau menambah ketibaan pasukan ONCB disedari sindiket itu dan mereka berjaya meloloskan diri.
“Kami berjaya merampas dua buah kereta dan sebuah motosikal,” katanya. -TVS