NEW YORK, 25 Mei: Penyanyi yang terkenal dengan jolokan Ratu Rock & Roll, Tina Turner dilaporkan meninggal dunia pada usia 83 tahun pada Rabu.
Pada 2016, Turner dilaporkan menghidap kanser usus dan menjalani pemindahan ginjal atau buah pinggang pada 2017.
Pemergian lagenda itu telah disahkan wakilnya, Bernard Doherty menerusi satu kenyataan.
“Tina Turner Ratu Rock & Roll meninggal dunia dengan tenang pada usia 83 tahun setelah lama jatuh sakit di rumahnya di Kusnacht berdekatan Zurich, Switzerland.
“Pemergiannya menyaksikan dunia kehilangan sebutir bintang yang amat berharga,” katanya.
Tina Turner sangat popular melalui lagunya ‘What’s Love Got To Do With It’.
Gayanya menjadi kegilaan pada tahun 1980-an yang menyaksikan beliau berjalan di New York City dengan dandanan rambut perang, memakai jaket jean singkat dan skirt mini serta bertumit tinggi.
Turner juga pernah memenangi enam daripada lapan Anugerah Grammy pada 1980-an.
Turner meninggal dunia selepas kira-kira lima bulan kematian anak lelakinya, Ike Turner Ronnie. – TVS