Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Loh Siaw Kuei bersama barisan kepimpinan Persatuan Pedagang Sarang Burung Negeri Sarawak.

Persatuan Pedagang Sarang Burung Sarawak syor tubuhkan Lembaga Sarang Burung

ByDayu Adruce

KUCHING, 25 Mei: Wujud kepentingan untuk menubuhkan Lembaga Sarang Burung bagi menyelia, mengawal selia, menyelaras, mempertingkatkan dan mempromosikan industri sarang burung di Sarawak, kata Presiden Persatuan Pedagang Sarang Burung Negeri Sarawak, Loh Siaw Kuei.

Menurutnya, dengan kewujudan lembaga berkenaan industri sarang burung bebas dari Sarawak Forestry Corporation (SFC) bagi meningkatkan lagi kecekapan pemprosesan permohonan lesen, kelulusan, pemantauan dan penguatkuasaan.

“Ini adalah perkara penting yang dikemukakan oleh pihak berkepentingan yang mencadangkan pengawal seliaan yang lebih baik, meningkatkan daya saing, pemantauan, perlindungan dan tadbir urus bagi kedua-dua pengeluaran sarang burung gua dan sarang burung rumah,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau turut menggesa kerajaan agar mengkaji semula undang-undang yang diwartakan untuk mentakrifkan dengan jelas status perlindungan spesies burung walit. 

“Kami berpendapat bahawa penternakan burung walit sebenarnya adalah satu usaha pemuliharaan dan bukannya eksploitasi spesies burung walit kerana hakikat bahawa adalah menjadi kepentingan semua penternak untuk memastikan kebajikan burung walit di ladang dilindungi, terdapat pertumbuhan populasi, dan kemudiannya meningkatkan hasil,” katanya.

Jelasnya, penternak bersedia mematuhi peraturan dan undang-undang iaitu termasuk undang-undang yang mengawal aktiviti penternakan burung walit. Bagaimanapun, undang-undang tersebut perlu dikaji untuk kemas kini agar sepadan dengan ekologi burung walit terkini dan keadaan pasaran sarang burung. 

“Kerajaan Sarawak amat disyorkan supaya mengiktiraf pengeluaran, pemprosesan dan eksport sarang burung sebagai industri yang merealisasikan peluang pekerjaan yang luas kepada masyarakat tempatan seperti mana dalam penanaman lada, koko, getah, minyak sawit dan lain-lain,” ujarnya.

Baru-baru ini, SFC merampas sarang burung di Sibu. Insiden berkenaan menimbulkan kebimbangan dan kekeliruan yang mendalam dalam kalangan pemilik perniagaan sarang burung serta pihak berkepentingan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan