Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas menerima cenderahati daripada Dato Sri Fatimah Abdullah pada Majlis Penutupan Minggu Perpaduan 2023 di Kuching, hari ini. Turut kelihatan, Datuk Aaron Ago Dagang. Foto: TVS

Perpaduan agenda utama Kerajaan Sarawak dalam membangunkan negeri – Uggah

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 25 Mei: Perpaduan wajar menjadi agenda utama dalam setiap tindakan bagi meningkatkan semangat muhibah dan rasa kekitaan demi keharmonian negara.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang berkata demikian menambah, perpaduan turut dijadikan agenda utama Kerajaan Sarawak dalam membangunkan negeri.

Menurutnya, sektor ekonomi juga akan berkembang dan maju jika perpaduan rakyatnya kukuh.

“Perpaduan dan integrasi adalah antara tunjang utama untuk mencapai kestabilan politik, kemampanan ekonomi dan keharmonian sosial sejajar dengan aspirasi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PSCDS) 2030,” katanya pada Majlis Penutupan Sambutan Minggu Perpaduan 2023 Peringkat Kebangsaan di Tebingan Kuching, hari ini.

Uggah berkata Sarawak sangat bertuah kerana mempunyai sebuah kerajaan yang amat prihatin dan peka, sekali gus menghargai perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

“Kita telah mempunyai UNIFOR iaitu Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain. Ia diwujud untuk membantu agama-agama selain Islam dengan menyediakan dana untuk mendirikan atau membaik pulih rumah ibadat, mendapatkan tapak dan untuk belanja pengurusan,” katanya.

Dalam pada itu Uggah berkata sambutan Minggu Perpaduan ini bertepatan bagi mengeratkan lagi hubungan masyarakat pelbagai kaum, malah mengenali adat dan budaya pelbagai etnik.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah dan Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan