Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pesawat Airbus A220 yang dikuasakan dengan campuran 10 peratus SAF ketika sesi lawatan penerbangan demonstrasi sempena LIMA ’23 di Langkawi pada Selasa. Foto: Bernama.

Airbus sasar semua pesawat diperakui dengan 100 peratus SAF menjelang 2030

ByBernama

LANGKAWI, 25 Mei: Pengeluar pesawat Airbus menyasarkan semua pesawatnya akan beroperasi menggunakan 100 peratus bahan api penerbangan mampan (SAF) menjelang 2030.

Sejajar dengan hasrat itu, Pengarah Pemasaran Produk Pesawat Lorong Tunggal Airbus Raymond Manougian berkata syarikat berkenaan telah memperkenalkan generasi terkini pesawat A220 yang bercirikan penggunaan bahan api lebih rendah serta pelepasan karbon sebanyak 25 peratus berbanding pesawat generasi sebelumnya dengan saiz sama.

“Bagi semua pesawat Airbus, A220 bersedia untuk beroperasi dengan 50 peratus SAF. Ini memberi sumbangan segera kepada matlamat industri untuk mengurangkan impak penerbangan terhadap alam sekitar,” katanya pada sesi lawatan demonstrasi penerbangan di Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA’23) di sini, hari ini.

Abang Johari uji pesawat bahan api SAF di LIMA’23

Manougian berkata pesawat terbabit menggunakan campuran 10 peratus SAF yang disediakan oleh pengeluar bahan api itu, Neste.

Sesi itu itu hasil kerjasama dengan Petronas, Pusat Inovasi Aeroangkasa Malaysia, Perbadanan Industri Aeroangkasa Malaysia dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak.

Selepas LIMA’23, pesawat generasi terkini itu akan meneruskan lawatan demonstrasi ke Jakarta, Bangkok dan Koh Samui.

Menurutnya, Airbus juga telah mengadakan perbincangan dengan syarikat penerbangan tempatan dan menjangkakan potensi besar di Malaysia serta di rantau ini.

Setakat ini, terdapat kira-kira 780 tempahan bagi A220 dari Eropah, Timur Tengah dan Afrika manakala sebanyak 262 telah diserahkan, kata beliau.

Abang Johari uji pesawat bahan api SAF di LIMA’23

Airbus menguasai 35 peratus kehadiran dalam pasaran di Asia Pasifik daripada kalangan 118 pengendali.

Sementara itu dalam perkembangan berasingan, Airbus Helicopter Malaysia (AHM) mengiktiraf HAS International Sdn Bhd di atas kejayaannya sebagai penyedia perkhidmatan helikopter luar pesisir H175 pertama dalam sektor minyak dan gas Malaysia.

Dalam kenyataannya, HAS berkata pengiktirafan itu susulan ketibaan helikopter baharu H175 miliknya di pangkalan di Miri yang juga lokasi perkhidmatannya untuk pelanggan yang juga syarikat minyak dan gas terkemuka di Sarawak sejak 1 April, 2023.

Pengarah Urusan HAS Hasery Bakar telah menerima anugerah itu bagi pihak syarikat di satu majlis AHM di LIMA’23. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan