Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Abdullah Saidol bersama Sarbini Hamdan di ruang pameran TVS pada Minggu Perpaduan di Tebingan Kuching, hari ini. Foto: Sharif (TVS)

Siaran luar TVS sempena Minggu Perpaduan cara terbaik dekati penonton – Abdullah

ByAkma Salleh

KUCHING, 24 Mei: Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol menyifatkan kesungguhan bilik berita TVS dalam menyampaikan berita secara langsung menerusi siaran luar merupakan satu langkah berani.

Menurutnya, sebagai sebuah stesen televisyen yang baharu, langkah tersebut mampu mempromosikan nama TVS kepada para pengunjung yang datang dari pelbagai kawasan.

Malah siaran luar di ruang pameran sempena Minggu Perpaduan di Tebingan Kuching ini memberi peluang kepada penduduk Sarawak melihat sendiri proses penerbitan berita dan produksi secara langsung.

“Ini juga proses kematangan TVS dan saya yakin warga kerja TVS akan lebih cekap dalam acara yang lebih besar dan bersedia bersiaran luar di mana sahaja,” katanya.

Beliau ditemui ketika berkunjunge ruang pameran TVS di sini, hari ini. Kunjungan beliau diiringi Pengarah Eksekutif, Sarawak Media Group (SMG) Sarbini Hamdan.

Mengenai Minggu Perpaduan yang disempurnakan perasmiannya oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Ahad lepas, Abdullah berkata beliau bangga dengan pemilhan Sarawak sebagai lokasi sambutan peringkat kebangsaan.

“Pemilihan bandar raya Kuching memang tepat kerana Kuching diiktiraf sebagai bandar raya perpaduan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan