Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Kang Tong Hum pada sesi bergambar yang lain pada Program Bicara Perpaduan Bermukun di Waterfront Kuching, Sarawak pada hari ini. Foto: TVS

Pemindahan ibu negara ke Kalimantan, Indonesia teroka peluang industri di Sarawak

ByCheryl Syahmina Toh

KUCHING, 24 Mei: Indonesia meneroka peluang daripada jalinan hubungan Indonesia dan Malaysia dalam inisiatif sifar bersih berikutan pemindahan ibu negara Indonesia yang dijangka berpindah tahun depan.

Hasrat Duta Besar Republik Indonesia untuk Malaysia, TYT Hermono itu telahpun dinyatakan beliau pada kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di Kuching pada Rabu.

“Pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan, berhampiran Sarawak akan membuka peluang yang besar dari aspek ekonomi.

“Ini terutamanya untuk industri tenaga, yang dijangka akan menyediakan sumber pendapatan dalam jangkaan lebih RM1 bilion dan antara yang dibincangkan dengan Premier Sarawak tadi adalah strategi dalam pasaran karbon serta cara untuk memanfaatkan potensi yang begitu besar daripada pergerakan ekonomi yang kian giat.

“Oleh itu, rombongan saya juga disertai pakar-pakar industri yang mampu memberi pandangan yang profesional untuk kerjasama antara wilayah kita pada masa hadapan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Abang Johari di sini, hari ini.

Dalam pada itu, TYT Hermono mengakui kemudahan penerbangan terus Kuching ke Jakarta yang disediakan oleh sebuah syarikat penerbangan tambang murah bermula 15 Jun depan akan mempercepatkan pertumbuhan eknomi sebagai aspek penting dalam pembangunan wilayah-wilayah yang berkenaan dari segi barangan dan perkhidmatan.

Dalam pertemuan selama satu jam itu juga, TYT Hermono juga menzahirkan kekaguman beliau terhadap Abang Johari yang peka terhadap pendekatan masa panjang dan kefahaman teknikal dalam kredit karbon.

Sementara itu, Hermono mendedahkan bahawa Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo berhasrat untuk menyambut ulang tahun kemerdekaan Republiknya di Kailmantan, berikutan pemindahan pejabat-pejabat rasmi pada bulan Ogos 2024.

Turut serta, Konsul Jeneral Republik Indonesia di Kuching, Raden Sigit Witjaksono serta rombongannya dan Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Dr. Hazland Abang Hipni.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan