Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan keadaan cuaca panas dan kurang hujan boleh berlaku di kebanyakan tempat di seluruh negara bermula esok hingga 1 Julai. Gambar hiasan Envato.

Kempen ‘Global Sia Sitok Vacations’ tawar 144 pakej pelancongan menarik

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 24 Mei: Populariti Program Sia Sitok mendorong Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) Sarawak menampilkan kempen  ‘Global Sia Sitok Vacations’ (Percutian Global Sia Sitok) pada 1 Mei lepas.

Menterinya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata keseinambungan kempen berkenaan bakal berakhir 16 Julai depan menjanjikan sehingga 144 pakej pelancongan menarik.

“Kerjasama antara Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) dan Persatuan Hotel Malaysia menawarkan sehingga 144 pakej dan memberikan peluang kepada 9,000 bukan penduduk Sarawak dan warga asing untuk melawat Sarawak,” katanya dalam ucapan beliau ketika ucapan penggulungannya di DUN di sini, pada Selasa.

Menurutnya sebelum ini jumlah keseluruhan yang dicatatkan daripada kempen pada tahun 2022 adalah RM6.5 juta dengan 800 pakej pelancongan dijual serta telah memberi manfaat kepada 6,406 pengunjung dengan tempahan bilik sebanyak 15,277 malam melalui kempen “Sia Sitok Sarawak Accommodation”.

Kempen-kempen Sia Sitok Sarawak diperkenalkan oleh STB untuk mempromosikan perjalanan domestik di dalam negeri.

Sementara itu, Abdul Karim turut mendedahkan bahawa Sarawak telah menerima 1.30 juta kedatangan pelawat sehingga April tahun ini.

Angka tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 315.41 peratus berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2022 dan menghasilkan pendapatan pelancongan sebanyak RM3.27 bilion.

“Kementerian ini optimis untuk mencapai lebih daripada 3 juta kedatangan pelawat pada tahun 2023 dan dijangka menghasilkan RM7.25 bilion dalam pendapatan pelancongan,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan