Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
"Semak dulu dengan Bank Negara Malaysia bagi memastikan kesahihan pelaburan yang ingin dilakukan - Zulkipli Suhaili

Jurutera di Sibu hilang hampir setengah juta diperdaya pelaburan ‘online’

SIBU, 24 Mei: Impian seorang jurutera untuk meraih keuntungan berlipat kali ganda lebur apabila kerugian lebih RM485 000 akibat ditipu oleh ejen pelaburan saham dalam talian.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa pada Selasa lepas yang mendakwa dia menjadi mangsa sindiket itu yang ‘berpengkalan’ di Hong Kong, China.

Kata beliau, mangsa yang merupakan lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 50-an berminat dengan tawaran menerusi aplikasi Meta Trader 4 (MT4) dan membuat pelaburan awal sebanyak RM20,000.

“Selepas memuat turun aplikasi MT4, mangsa telah membuat sebanyak 109 kali transaksi ke dalam dua akaun berasingan sejak November 2022 sehingga Mac 2023 kerana ingin meraih keuntungan sebanyak RM533,400 yang dijanjikan.

“Namun dia mula curiga apabila diminta untuk membuat pindaan wang bagi pelbagai urusan pengeluaran wang keuntungan yang dijanjikan.

“Lelaki itu juga diarahkan memasukkan RM11,000 bagi membolehkan ejen berkenaan datang ke Sibu untuk bertemu dengannya,” kata beliau menerusi kenyataan media hari ini.

Zukipli berkata, mangsa kemudian menceritakan pelaburan yang dilakukannya itu kepada peguamnya yang mengesyaki dia telah menjadi mangsa penipuan sindiket pelaburan tidak wujud.

Kata beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan