Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Julaihi Narawi (3 dari kanan) mengetuk gong sebagai simbolik perasmian disaksikan oleh Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi (2 dari kanan) dan Datuk Liwan Lagang (4 dari kanan). Foto: TVS

Empat kumpulan WhatsApp diwujud tangani isu agensi dibawah MUT – Julaihi

KUCHING, 24 Mei: Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) Sarawak mewujudkan empat kumpulan WhatsApp sebagai inisiatif pihaknya menangani isu secara terus dan mengemaskini perkembangan agensi.

Menterinya, Datuk Julaihi Narawi mendedahkan kumpulan terbabit dibahagikan kepada empat sektor bekalan berbeza yang diuruskan agensi MUT meliputi bekalan air, elektrik, telekomunikasi dan gas.

Arang Tubon menerima hadiah cabutan nombor bertuah dari Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, antara pengisian program majlis malam tadi. Foto: TVS

Beliau meyakinkan kewujudan kumpulan aplikasi itu mampu mempercepatkan penyampaian laporan, maklumat dan menjawab persoalan yang dikemukan oleh mereka yang berada di dalam kumpulan berkenaan.

“Kecuali Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, semua Menteri Sarawak, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) berada di dalam empat kumpulan whatsapp tersebut termasuk Setiausaha Sulit Kanan Premier Sarawak Dato Khir Busrah.

“Saya menerima respond baik dari Ahli Yang Berhormat dengan kewujudan kumpulan whatsapp ini kerana pelbagai perkara mendapat pencerahan dan respon segera dari wakil kita didalam kumpulan whatsapp.

Datuk Julaihi berkata demikian pada Majlis Malam Penghargaan dan Sambutan Pra-Gawai Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak pada Selasa.

Antara hadir Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Komunikasi) Datuk Liwan Lagang dan Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Jafri Lias.

Dalam pada itu, Julaihi menzahirkan penghargaan kepada warga kerja MUT yang telah membantu menyediakan maklumat bagi menjawab persoalan yang dikemukan oleh ADUN sewaktu Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum ini.

“Terima kasih kepada semua kakitangan kerana menyedia, menganalisa dan membuat persiapan mengenai isu-isu yang dikemukakan oleh Yang Berhormat melalui soalan lisan sewaktu saya membuat pembentangan di Persidangan DUN” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan