Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUCHING, 19 Nov -- Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg (dua,kanan) meninjau projek Tebingan Sungai di Kampung Lintang di Petra Jaya, hari ini.
Pembinaan tebingan sungai sepanjang 1.5 kilometer (KM) dari Kampung Sungai Bedil, Kampung Lintang sehingga ke Kampung Tanjung di Petra Jaya yang menelan kos sebanyak RM30 juta itu bertujuan untuk menaik taraf dan menjadi infrastruktur pelancongan di bandaraya Kuching serta mampu memberi peluang perniagaan kepada masyarakat setempat. -- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

DUN Sarawak: RM29.5 juta disediakan untuk pemuliharaan sungai

ByCheryl Syahmina Toh

KUCHING, 24 Mei: Peruntukan sebanyak RM29.5 juta disediakan oleh Kerajaan Sarawak untuk melaksanakan 422 projek pemuliharaan sungai pada tahun ini, kata Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Timbalan Premier Sarawak itu berkata dana berkenaan disediakan di bawah Tabung Amanah Bencana Negeri Sarawak.

Kata beliau, peruntukan akan digunakan untuk pelaksanaan projek perlindungan tebing sungai serta kerja-kerja pembersihan di kawasan kritikal untuk mengurangkan risiko bencana banjir.

“Kesemua projek ini dijadualkan siap pada Oktober 2023.

“Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) mendapati banjir kerap kali berlaku akibat pencemaran dan aliran sungai yang tersekat,” katanya pada sesi penggulungan di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Menurutnya langkah berkenaan juga sebagai persiapan menghadapi musim tengkujuh akhir tahun ini.

“Oleh itu, kerja-kerja pemuliharaan sungai khususnya di kawasan pedalaman perlu dilaksanakan pada musim panas dan kering,” katanya.

Sementara itu, Douglas Uggah turut menyeru semua pihak supaya tidak melakukan pembakaran terbuka pada musim panas terutamanya di kawasan perumahan dan tanah gambut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan