Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Foto: Faitullah Morni (TVS)

DUN Sarawak: Lebih 1 juta tanah NCR berjaya diukur setakat April 2023

ByOdleen Catherny

KUCHING, 24 Mei: Sekitar 1,091,547 juta hektar atau 2,697,213 juta ekar tanah telah berjaya diukur secara perimeter setakat 30 April lepas menerusi Program Pengukuran Tanah NCR Inisiatif Baharu yang diperkenalkan sejak 2010.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata seluas lebih kurang 842,465 hektar atau 2,081,731 daripadanya telahpun diwartakan sebagai Rizab Komunal Bumiputera (Pertanian) di bawah seksyen 6 Kanun Tanah Sarawak.

“Pewartaan bagi baki kawasan yang telah diukur secara perimeter akan dilaksanakan secara berterusan.

Selain itu, sejak tahun 2017, fokus pengukuran juga ditumpukan kepada pengukuran lot-lot individu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan penggulungan Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II, pada Persidangan Hari Kelapan Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang ke-19, di sini, hari ini.

Sehingga 30 April 2023 kata beliau sebanyak 68,723 lot individu telah berjaya diukur.

“Ia melibatkan kawasan seluas 84,288 hektar atau 208,275 ekar yang telah dan akan dikeluarkan surat hakmilik tanah di bawah seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak,” ujarnya.

Jelas beliau, lot-lot individu terbabit adalah di bawah seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak bagi kawasan yang telah diwartakan di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Sarawak berdasarkan permohonan dan kesediaan penuntut-penuntut tanah tersebut.

Pada masa sama beliau menyeru penuntut tanah untuk hadir semasa pengukuran di lapangan serta menandakan sempadan tanah dengan jelas bagi mengelak pertikaian dalam membuat tuntutan agar pengukuran berjalan dengan lebih lancar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan