Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika menggulung perbahasan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di Kuching, hari ini.

DUN Sarawak: Inisiatif digital sumbang RM56.4 bilion kepada KDNK Sarawak menjelang 2030 – Abang Johari

ByBernama

KUCHING, 24 Mei: Inisiatif ekonomi digital yang dilaksanakan kerajaan Sarawak dijangka menyumbang kira-kira RM56.4 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri menjelang 2030.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata jumlah itu meliputi kira-kira 20 peratus daripada KDNK negeri menjelang tahun tersebut memandangkan lebih 45,000 peluang pekerjaan baharu yang berpendapatan tinggi akan diwujudkan, dengan 80 peratus daripada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menerima pakai pendigitalan.

“Menjelang 2030, tidak akan ada perbezaan antara ekonomi digital dan ekonomi. Semua segmen ekonomi, iaitu perlombongan, pertanian dan perhutanan, pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan akan dipacu secara digital. 

“Pada asasnya, langkah ini akan meningkatkan produktiviti, hasil, kecekapan dan menjana pekerjaan berkemahiran tinggi untuk rakyat kita,” katanya ketika menggulung perbahasan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri merangka Pelan Tindakan Ekonomi Digital Sarawak 2030 sebagai pelan hala tuju untuk mentransformasikan negeri itu daripada ekonomi berasaskan sumber konvensional kepada ekonomi berasaskan teknologi yang mampan.

Menurutnya, pelan tindakan itu berpaksikan kepada lima tonggak strategik meliputi keutamaan ekonomi, perniagaan digital, transformasi sektor awam, penerimagunaan teknologi canggih dan kesediaan digital.

“Pelan tindakan itu menyasarkan Sarawak memanfaatkan peratusan pengaliran ekonomi digital global ke Sarawak melalui strategi untuk mengembangkan aliran data rentas sempadan dengan mewujudkan pusat data, penyampaian perkhidmatan digital dan pelaburan langsung asing digital,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan