Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika menggulung perbahasan Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di Kuching, hari ini.

DUN Sarawak: Ekonomi Sarawak diunjur berkembang antara lima dan enam peratus tahun ini – Abang Johari

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 24 Mei: Ekonomi Sarawak diunjurkan berkembang antara lima dan enam peratus tahun ini, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, unjuran itu adalah sejajar dengan tahun ketiga pelaksanaan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 yang meletakkan matlamat Sarawak sebagai negeri berpendapatan tinggi.

@tvstvmy

Ekonomi Sarawak diunjurkan berkembang antara lima dan enam peratus tahun ini, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. TVS122 TVSNews #DUNSarawak TrendingNewsMalaysia BeritadiTiktok

♬ original sound – TVS News – TVS News

Jelasnya, Kerajaan Sarawak kini mempergiatkan pembinaan infrastruktur untuk memastikan ketersambungan yang lebih baik, memudahkan perdagangan dan pelaburan serta meningkatkan ekonomi domestik.

“Adalah sangat penting untuk kami (kerajaan negeri) tampil dengan inisiatif ekonomi baharu untuk menyediakan lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan yang berpendapatan tinggi untuk meningkatkan pendapatan rakyat.

“Apa yang lebih penting, inisiatif tersebut perlu bersifat inklusif dan mampan,” katanya berucap menggulung perbahasan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Abang Johari berkata lagi, ekonomi negeri berkembang daripada 2.9 peratus pada 2021 kepada 5.5 hingga 6.5 peratus pada 2022.

“Hasilnya, pendapatan Sarawak pada 2022 melepasi unjuran pendapatan sebanyak 17 peratus, iaitu daripada RM10.159 bilion kepada RM11.910 bilion yang merupakan pencapaian tertinggi setakat ini.

“Dibandingkan dengan pendapatan pada 2021 iaitu RM7.620 bilion, kenaikan itu adalah sebanyak RM4.290 bilion atau 56.3 peratus,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan