Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bob Yusof(tiga,kiri) semasa perasmian single Iban pertamanya hari ini turut dihadiri Dato Dayang Morliah Dato Awang Daud(empat,kiri).Foto TVS.

Bob Yusof puas hati hasrat lancar lagu Iban tercapai

KUCHING, 24 Mei: Penyanyi Bob Yusof mengaku teruja kerana impiannya untuk merakamkan lagu dalam bahasa Iban tercapai selepas lebih dua dekat berada dalam industri hiburan.

Anak kelahiran Limbang itu berkata, lagu berjudul Rami Time itu juga menjadi penanda aras terbaharu dalam kariernya.

Bob yang popular menerusi lagu Cinta Seorang Teman berkata, proses untuk merakamkan lagu itu sebenarnya tidak mudah memandangkan dia tidak fasih berbahasa Iban.

“Nasib baik ada pemuzik Sarawak, Hairee Francis yang banyak membantu sepanjang proses rakaman lagu ini.

“Saya meminta tunjuk ajarnya untuk membetulkan sebutan,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran lagu itu di sini hari ini.

Sementara itu, Bob yang juga seorang pelakon mendedahkan, sebelum ini dia telah mendekati beberapa komposer Iban dalam usahanya untuk merakam lagu dalam bahasa berkenaan namun tidak berjaya.

Menutup bicara, Bob berkata, video muzik lagu terbabit juga akan dilancarkan menerusi platform media sosialnya tidak lama lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan