Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Api sedang marak memusnahkan lima rumah di Jalan Pujut Corner, Miri, malam tadi. Foto: JBPM Miri

10 penghuni tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran membabitkan lima rumah

MIRI, 24 Mei: Seramai 10 penghuni tinggal sehelai sepinggang selepas lima rumah di Jalan Pujut Corner di sini musnah dalam kebakaran pada Selasa.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri, Penguasa Kanan Bomba (PgKB 1) Ismaidi Ismail berkata dalam kejadian  11.30 malam itu, semua mangsa yang terjejas merupakan penghuni daripada tiga rumah manakala dua rumah lagi tidak berpenghuni.

Ismaidi berkata, 12 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng terlibat menjalankan operasi pemadaman kebakaran.

Menurutnya operasi pemadaman turut dibantu oleh tujuh anggota dari BBP Miri Sentral.

“Bagaimanapun, kesemua rumah yang terjejas terbakar 100 peratus dan kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 2.30 pagi,” katanya ketika dihubungi.

Ismaidi menambah punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan