Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di Rumah Universiti UNIMAS pada hari ini. Foto: TVS

Sarawak tubuh Lembaga Penjaga urus Dana Kekayaan Berdaulat – Abang Johari

ByBernama

KUALA LUMPUR, 23 Mei: Kerajaan Sarawak akan menubuhkan Lembaga Penjaga yang dianggotai oleh lapan pakar kewangan dan pelaburan bagi menguruskan Dana Kekayaan Berdaulat Sarawak secara profesional .

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan negeri kini dalam proses mengenal pasti individu terbabit yang boleh bertugas dengan profesional serta telus untuk memastikan dana itu dapat diurus sebaik mungkin.

“Kita perlu meneliti aspek personaliti, integriti dan latar belakang profesional itu untuk menggalas tugas dalam lembaga pengarah. Mereka bukan hanya rakyat Sarawak dan bukan sahaja rakyat Malaysia.

“Lembaga ini adalah multinasional dan merangkumi mereka yang berpengalaman dalam pasaran modal serta modal permulaan awal yang pelbagai,” katanya kepada pemberita pada acara Sidang Kemuncak Perbankan dan Kewangan Malaysia Kelima 2023 di sini, hari ini.

Mengulas selanjutnya, Abang Johari berkata penubuhan dana kekayaan tersebut juga berpandukan Prinsip Santiago bagi memastikannya dapat membantu mengekalkan sistem kewangan global yang stabil selain aliran modal dan pelaburan secara bebas.

Dari segi pengurusan dana, kerajaan negeri akan turut memastikan hasil pulangannya dapat dimanfaatkan untuk terus memaksimumkan dana tersebut.

Terdahulu dalam ucap tamanya, Abang Johari menjelaskan bahawa dana itu akan menggunapakai model pemaksimum modal dan berdasarkan dana kekayaan Norway — Dana Pencen Global Kerajaan Norway yang mempunyai saiz dana US$1.25 trilion (US$1=RM4.56).

Malah, model sama turut digunapakai oleh Perbadanan Dana Kekal Alaska (dengan saiz dana US$70.6 bilion) di Amerika Syarikat (AS) dengan semua negara terbabit mempunyai hasil daripada sumber minyak dan gas seperti Sarawak.

“Saya juga sedar bahawa dana kekayaan berdaulat ini turut menjadi strategi bagi sebahagian besar negara untuk melabur lebihan modal ke dalam pasaran serta pelaburan lain.

“Sehubungan itu, kita perlu membangunkan kekayaan untuk Sarawak apabila simpanan minyak dan gas semakin berkurangan di masa depan,” katanya.

Sarawak menubuhkan dana tersebut dengan peruntukan awal RM8 bilion dalam usaha memperkukuh kemampanan kewangan negeri.

Pada 22 November lepas, Dewan Undangan Negeri Sarawak sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Dana Kekayaan Berdaulat Masa Depan Sarawak 2022.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan