Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika berucap pada Sidang Kemuncak Kewangan dan Perbankan Malaysia 2023 di Kuala Lumpur hari ini. Foto: Pejabat Premier Sarawak.

Sarawak komited pulih ekonomi pasca pandemik – Abang Johari

ByDayu Adruce

KUCHING, 23 Mei: Sarawak terus komited memulihkan ekonominya dalam usaha mencapai sasaran sebagai negeri maju menjelang 2030 menerusi Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 2030 (PCDS 2030).

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg optimis pembangunan yang sentiasa disediakan Kerajaan Sarawak untuk rakyat bagi menjalankan perniagaan berupaya membantu memulihkan ekonomi negara.

“Kerajaan telah menyediakan banyak peluang dalam PCDS 2030 bagi pelabur, bank dan institusi kewangan boleh mengambil bahagian untuk membantu mengembangkan ekonomi Sarawak,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sidang Kemuncak Kewangan dan Perbankan Malaysia 2023 di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut beliau yang memetik dengan adanya pembiayaan alternatif dengan penubuhan Bank Pembangunan Sarawak atau DBOS, kerajaan dapat melaksanakan program untuk menyediakan infrastrukutur yang begitu penting untuk memacu aktiviti ekonomi negeri.

Abang Johari memberitahu pemulihan sektor ekonomi di Sarawak juga akan didorong dan diupayakan melalui tranformasi digital.

Susulan itu, kata beliau Kerajaan Sarawak sedang melaksanakan pembangunan infrastruktur secara besar-besaran untuk memudahkan aktiviti ekonomi dan pelaburan.

Oleh yang demikian tegas Abang Johari kedudukan ekonomi Sarawak perlu sentiasa kukuh bagi menarik minat para pelabur, di samping menggalakkan aktiviti penjanaan ekonomi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan