Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri KPWK, Dato Sri Fatimah Abdullah (kiri) dan Ani Mail (kanan), seorang penghuni pusat transit gelandangan (TTG), telah menjadi pengajar anyaman di TTG Sibu. Beliau kini mengajar kemahiran anyaman kepada orang gelandangan lain. Foto: TVS

Produk tenunan bekas gelandangan kini dijual di 12 stesen minyak di Sibu

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 23 Mei: Seorang wanita bekas gelandangan kini menjadi usahawan berjaya apabila produk tenunan tangannya dijual di 12 stesen minyak di sekitar Sibu.

Berita itu dikongsi oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak – kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Tenunan gelendangan dijual di stesen minyak sekitar Sibu

Fatimah berkata, kisah Ani Mail yang berusia 56 tahun itu merupakan salah satu cerita kejayaan hasil penubuhan pusat transit gelandangan (TTG) di bawah kementeriannya.

“Dia yang berkemahiran menenun kini dilantik sebagai salah seorang jurulatih di TTG Sibu dan mengajar gelandangan lain tentang kemahiran menenun.

“Produk tenunan tangan Ani dan rakan-rakannya telah dipasarkan di 12 stesen minyak Petronas di sekitar Sibu,” katanya semasa menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya hari ini.

Sementara itu Fatimah berkata, selain memberikan peluang meningkatkan pendapatan masing-masing, penghuni TTG Sibu juga diajar membaca, menulis dan mengira.

“Ini dilaksanakan dengan kerjasama PUSTAKA Sarawak yang menjalankan Program Literasi Dewasa dengan bantuan Institut Methodist Pilley dan Kolej Laila Taib.

“TTG Sibu telah beroperasi sepenuhnya sejak Februari tahun lepas,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan