Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata soal pertahanan dan kesiapsiagaan maritim negara khususnya tentera laut menjadi keutamaan kerajaan dalam menangani ancaman di perairan Malaysia.Foto Facebook Anwar Ibrahim.

Kesiapsiagaan maritim keutamaan kerajaan tangani ancaman – Anwar

ByBernama

LANGKAWI, 23 Mei: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata soal pertahanan dan kesiapsiagaan maritim negara khususnya tentera laut menjadi keutamaan kerajaan dalam menangani ancaman di perairan Malaysia.

Gempita langit Langkawi, tanda bermulanya LIMA’23

Katanya beliau akan melihat keperluan itu namun segala keputusan akan dibuat mengikut keupayaan negara untuk menyediakan keperluan itu.

“Malaysia adalah sebuah negara maritim. Keseluruhan perairan itu membentuk negara Malaysia. Soal pertahanan dan kesiapsiagaan maritim khusus tentera laut jadi keutamaan kita,” katanya kepada Bernama dan RTM ketika menghadiri program “Fleet Review” sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi  (LIMA ‘23) di Resort World Langkawi di sini hari ini.

Fleet Review ialah suatu acara perhimpunan kapal-kapal daripada tentera laut negara tertentu yang disaksikan oleh ketua negara dan/atau orang kenamaan awam dan tentera.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi  (LIMA ‘23) di Resort World Langkawi di sini hari ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim.

Hadir sama Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan,  Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang dan Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob.

Terdahulu sebaik tiba di sini, Anwar hadir di Resort World Langkawi bagi menyempurnakan perasmian  segmen maritim.

Mengulas mengenai LIMA ‘23, Perdana Menteri berkata ia mendapat sambutan yang baik dan penganjurannya cukup memuaskan.

@tvstvmy

Gema deruman lebih 70 pesawat milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang melintasi langit biru Langkawi hari ini menjadi simbolik penyempurnaan pembukaan Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA’23). 📹 TVS #TVS122 #TVSNews #LIMA23

♬ original sound – TVS News – TVS News

“Ia sudah tentu akan beri pulangan kepada sektor ekonomi dan ketenteraan dan pertahanan negara secara umum,” katanya.

LIMA ‘23 bertemakan “Titik Perhubungan Perdagangan Maritim dan Aeroangkasa Asia” bermula hari ini hingga 27 Mei.

Edisi kali ini melibatkan dua kementerian iaitu Kementerian Pertahanan (Sektor Pertahanan) dan Kementerian Pengangkutan (Sektor Komersil).

Kali terakhir acara dwitahunan itu diadakan ialah pada 2019 dan ditangguhkan pada 2021 susulan pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika itu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan