Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Awang Tengah bersama tetamu kehormat lain melakukan simbolik perasmian "Kepala Meja". Foto: TVS

Jako’, rokok tradisional halau nyamuk dihasilkan kaum Kayan

ByTiana Azni

KUCHING, 23 Mei: Perbuatan merokok sering dikaitkan sebagai tabiat yang boleh memudaratkan kesihatan kerana rokok mengandungi pelbagai jenis bahan kimia.

Namun bagi suku kaum Kayan di Sarawak, kelompok ini memiliki tradisi unik iaitu menggunakan rokok untuk tujuan perubatan dan menghalau nyamuk.

Lebih istimewa, rokok yang dinamakan Jako’ ini ‘dibakar’ ketika menyambut kehadiran tetamu.

Tradisi unik ini dipamerkan di reruai Kayan yang dibuka sempena Minggu Perpaduan 2023 di Waterfront Kuching.

Penyelaras tapak pameran, Teresa Suot berkata, rokok berkenaan dihasilkan daripada tembakau asli yang ditanam oleh mereka.

“Ia kemudian dibalut dengan daun pisang muda yang dijemur sehingga kering.

“Bagi kaum kayan yang sering ke kebun, asap Jako’ juga digunakan untuk menghalau nyamuk,” katanya kepada TVS.

Katanya, Jako’ turut memainkan peranan pada pesta keramaian kerana ia akan dihidang dengan sirih, kapur dan pinang sebagai tanda menerima tetamu yang datang.

Seorang lagi petugas di reruai berkenaan, Martha Anyie pula memberitahu, Jako juga dijadikan hantaran perkahwinan buat kaum Kayan.

“Namun penggunaan Jako semakin berkurangan pada hari ini kerana sudah tidak ramai kaum kami yang menanam tembakau ini,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan