Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Buruh di Sibu rugi lebih RM14 ribu terpedaya tawaran kerja sambilan

SIBU, 23 Mei: Seorang buruh kerugian RM14,398 selepas terpedaya dengan tawaran kerja sambilan secara dalam talian.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an itu berminat untuk melakukan kerja sambilan selepas menerima pesanan ringkas daripada individu tidak dikenali melalui aplikasi Telegram.

Katanya, mangsa telah menekan butang ‘like’ video di Youtube dan seterusnya berurusan dengan suspek.

“Mangsa diminta untuk membuat enam tugasan dan ditawarkan komisen sebanyak 10 peratus bagi setiap tugasan yang diberikan.

“Bagi tempoh 15 hingga 20 Mei, mangsa telah memindahkan RM14,398 ke akaun bank yang berlainan namun sehingga laporan dibuat mangsa tidak menerima sebarang komisen seperti yang dijanjikan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, susulan itu mangsa tampil membuat laporan polis pada Isnin lepas.

Sementara itu, Zulkipli menasihatkan masyarakat agar tidak mudah terpengaruh dengan tawaran pekerjaan melalui laman media sosial yang menjanjikan pulangan yang lumayan.

“Masyarakat juga diingatkan supaya merujuk kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NRSC) dan ikuti laman Facebook @CyberCrimeAlertRMP @JSJKPDRM serta membuat semakan nombor akaun yang diterima di pautan terlebih dahulu di https://semakmule.rmp.gov.my/ sebelum membuat sebarang transaksi,” tegas beliau. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan