KUCHING, 22 Mei: Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) cawangan Jalan Gasing, di Petaling Jaya dilaporkan terbakar pagi tadi.
Video yang dimuat naik oleh orang awam di media sosial menunjukkan api sedang marak di bahagian depan bangunan itu.
@tvstvmy Bangunan KWSP di Petaling Jaya terbakar kali kedua 📹 Orang awam Layari www.tvstv.my & tonton TVS di saluran 122 Astro & MYTV. #TVS122 #TVSNews #Kebakaran
Ini merupakan kejadian kebakaran kali kedua yang melibatkan bangunan berkenaan,
Pada Februari 2018, hampir 40 peratus bangunan setinggi enam tingkat itu mengalami kemusnahan akibat kebakaran.
Sementara itu, Penolong Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 10.39 pagi tadi dan tiba di lokasi kira-kira enam minit kemudian.
Katanya, lebih 20 anggota dikerahkan ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seksyen 7, BBP Serdang, BBP Puchong, BBP Pantai Dalam dan BBP Hang Tuah.
“Kebakaran melibatkan tingkat empat dan lima bangunan berkenaan dan api berjaya dikawal pada pukul 11.08 pagi.
“Kebakaran tidak melibatkan sebarang mangsa,” katanya menerusi kenyataan media.
Pada Februari 2018, hampir 40 peratus bangunan setinggi enam tingkat itu mengalami kemusnahan akibat kebakaran. -TVS