Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyaksikan proses mengisi minyak pesawat Airbus menggunakan bahan bakar SAF yang dihasilkan di Sarawak. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Sarawak cipta sejarah industri penerbangan, uji bahan api

ByDouglas Elliot

KUCHING, 22 Mei: Sarawak melakar sejarah dalam industri penerbangan apabila memulakan ujian ke atas bahan api penerbangan mampan (SAF) yang dihasilkan di sini.

Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, lebih istimewa ‘ujian’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) hari ini menyaksikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menaiki kapal terbang yang dikuasakan oleh SAF berkenaan.

Kata beliau, perkembangan ini telah memberi petanda positif bagi industri penerbangan dan ekonomi Sarawak .

“Sarawak kini berkembang ke arah ekonomi hijau,” katanya pada sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Abang Johari menaiki pesawat airBaltic A220-300 yang menggunakan SAF berasaskan alga untuk menghadiri Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA ’23).

Penerbangan itu berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi sekitar jam 1.45 petang tadi dari KIA.

Terdahulu dalam sesi penggulungan, Kim Shin memberitahu bahawa keputusan Kerajaan Sarawak untuk menceburi pengeluaran tenaga hidrogen sebagai bahan api alternatif adalah selaras dengan trend global.

“Melihat kepada permintaan global terhadap SAF, Sarawak berada di landasan yang tepat dalam pembangunan SAF melalui biojisim alga.

“Hidrogen telah muncul sebagai sumber bahan api masa hadapan berikutan potensinya yang dapat mengurangkan pelepasan karbon di udara,” tegasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan