Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat tiba ke 'Royal Gala Dinner Associated Country Women Of The World (ACWW) Triennial World Conference 2023 di Istana Negara. Foto: Bernama.

Raja Permaisuri berangkat ke Majlis Santapan Malam Diraja Persidangan ACWW edisi ke-30

ByBernama

KUALA LUMPUR, 22 Mei: Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam Diraja sempena Persidangan Wanita Desa Sedunia (ACWW) 2023 di Istana Negara malam Ahad.

Tunku Azizah, yang juga Presiden Institut Wanita Pahang, tiba pada 8.40 malam dengan diiringi oleh Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud.

Turut berangkat Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin, Sultanah Kelantan Nur Diana Petra Abdullah dan isteri Yang Dipertua Melaka Toh Puan Asmah Abd Rahman.

Hadir sama 500 tetamu terdiri daripada anggota ACWW dari seluruh dunia yang mengambil bahagian dalam persidangan itu yang berlangsung dari 17 hingga 25 Mei ini.

Majlis itu turut diserikan dengan persembahan kebudayaan bagi memperkenal keunikan dan kepelbagaian seni, budaya serta etnik di Malaysia kepada delegasi asing.

ACWW diasaskan pada 1929 untuk menghimpunkan wanita luar bandar dan organisasi mereka di seluruh dunia bagi menangani cabaran yang dihadapi susulan pengasingan komuniti serta diskriminasi terhadap kaum hawa serta kekurangan penglibatan golongan itu dalam proses politik .

Keanggotaan ACWW merangkumi 82 negara dan sejak tahun 1947, ia telah meluluskan lebih 180 resolusi dasar melalui undian popular. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan