Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perasmian majlis itu, disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto Faitullah Morni (TVS)

Penganjuran Minggu Perpaduan penting dalam semarakkan semangat rakyat – PM

ByBernama

KUALA LUMPUR, 21 Mei: Penganjuran Minggu Perpaduan adalah penting dalam menyemarakkan semangat rakyat di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata selain itu, ia mampu menyebarkan pengetahuan, kefahaman dan penghayatan berkaitan kepelbagaian budaya serta segmen kenegaraan yang menerapkan semangat patriotisme kepada rakyat Malaysia.

Menerusi catatan di laman Facebook, Perdana Menteri memaklumkan beliau menghadiri majlis Sambutan Minggu Perpaduan Negara peringkat kebangsaan di Kuching hari ini.

“Saya kagum dengan pelbagai persembahan disaluti elemen perpaduan yang turut dihayati rakyat jelata kendatipun cuaca panas di Kuching,” katanya.

Perasmian majlis itu, yang bertemakan ‘Perpaduan Dalam Kepelbagaian,’ disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Majlis penuh keharmonian itu turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof serta menteri-menteri Kabinet.

Minggu Perpaduan 2023, yang berlangsung dari 20 hingga 28 Mei, turut diadakan di 15 lokasi antaranya Dataran Bertam di Pulau Pinang, Dewan Masyarakat Papar di Sabah, Dataran Tasik Kluang di Johor dan Pusat Rekreasi Pantai Balok, Kuantan di Pahang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan