Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin ketika sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. Foto: Mohammed Raffiq (TVS)

DUN Sarawak: Kerajaan peka isu harga tiket penerbangan melampau

ByDouglas Elliot

KUCHING, 22 Mei: Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) mengambil berat keluhan penumpang dan pelajar dari Sarawak yang berhasrat untuk pulang sempena musim perayaan.

Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, kementeriannya bersama Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) serta syarikat penerbangan ketika ini bekerjasama untuk memastikan penerbangan ke Sarawak mencukupi.

“Kementerian telah berbincang dengan Kementerian Pengangkutan Malaysia dan syarikat penerbangan yang terlibat untuk meningkatkan kekerapan penerbangan pada musim perayaan termasuk bagi sambutan Hari Gawai dan cuti sekolah yang akan datang.

“Hasil perbincangan dan kerjasama baik, mereka (syarikat penerbangan) telah mempertimbangkan permintaan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi penggulungan bagi kementerian beliau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Sementara itu, Kim Shin turut mengalu-alukan harga tiket penerbangan sehala dari Semenanjung Malaysia ke Sabah atau Sarawak yang dijual pada harga maksimum RM300 bersempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai berbanding penggunaan harga dinamik.

“Mekanisme harga dinamik merupakan amalan yang diguna pakai oleh kebanyakan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk menetapkan tambang penerbangan berdasarkan permintaan dan keadaan pasaran,” katanya.

Jelas beliau, MOTS juga akan mencadangkan kepada MAVCOM untuk membangunkan harga siling yang boleh digunakan untuk syarikat penerbangan tanpa menjejaskan daya saing syarikat penerbangan berkenaan.

“Jika harga ditetapkan terlalu rendah, maka kita tidak boleh menikmati tambang rendah.

“Justeru, kita harus realistik dan munasabah,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan