Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain Perak Fc Wan Zack Haikal (tengah) melepaskan rembatan ke gawang gol pasukan lawan ketika bertemu Pasukan Selangor Fc dalam saingan Liga Super Malaysia 2023 di Stadium Perak malam tadi. Foto Bernama.

Selangor pesta gol benam Perak 4 – 0

ByBernama

KUALA LUMPUR, 21 Mei: Selangor FC membelasah Perak FC 4-0 dalam aksi Liga Super 2023 di Stadium Perak, Ipoh , Perak malam tadi dan membawa pulang tiga mata berharga.

Turun dengan kesebelasan terbaik, anak buah Tan Cheng Hoe bagaimanapun hanya berhasil menembusi kubu Bos Gaurus memasuki lima minit terakhir sebelum wisel separuh masa pertama ditiup menerusi jaringan pemain import Colombia Ayron del Valle.

Berselang lima minit kemudian, penyerang kebangsaan Mohamad Faisal Abdul Halim menggandakan jaringan buat Gergasi Merah apabila bijak melepasi perangkap ofsaid pertahanan Perak sebelum menewaskan penjaga gawang T Shaheeswaran.

Kecoh antara penyokong di Stadium Perak, empat lelaki ditahan

Bersambung babak kedua, Selangor terus melebarkan jaringan kepada 3-0, kali ini giliran pemain tengah Muhammad Mukhairi Ajmal mencetak nama selaku penjaring apabila rembatan padu daripada luar kotak penalti pada minit ke-51 gagal ditepis kemas Shaheeswaran.

Ayron kemudian terus menjadi duri dalam daging kepada pasukan tuan rumah apabila mudah menanduk masuk bola hantaran lintang dari sebelah kanan gawang dilakukan Mohd Nor Hakim Hassan pada minit ke-69 sekali gus menjadikan kedudukan 4-0 sehingga wisel penamat ditiup.

Dalam pada itu, Kelantan United FC terus hampa dalam misi memburu kemenangan sulung selepas 11 perlawanan Liga Super apabila tewas 1-3 di kepada Kuala Lumpur (KL) City FC di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan.

KL City membuka jaringan pendahuluan menerusi T Saravanan pada minit ke-17 diikuti Sean Giannelli pada minit ke-23 sebelum disudahi dengan gol ketiga jaringan Paulo Josue pada masa kecederaan manakala Kelantan United memperolehi jaringan sulung daripada Devid Silva pada minit ke-34.

Sementara itu, di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang menyaksikan Sri Pahang FC yang berada di kedudukan ketiga Liga Super terus memberikan cabaran sengit kepada Selangor di kedudukan kedua selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas Penang FC petang tadi.

Seawal babak permainan, kedua-dua pasukan dilihat tampil berhati-hati sambil mengatur gerak untuk merobek benteng pertahanan lawan.

Kelebihan bermain di halaman sendiri ternyata memberikan tuah buat Sri Pahang selepas meraih gol tunggal perlawanan hasil jaringan penalti Kpah Sherman pada minit ke-49 sekali gus berjaya mengelakkan pasukan itu keciciran tiga mata. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan