Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Toni mengambil video Jeff sambil melihat dia menari dengan anggun dalam filem Gawai PETRONAS ‘Budak Terabai. Foto: PETRONAS

PETRONAS terbitkan filem Budak Terabai sempena Gawai, tonjol semangat pahlawan Iban

ByAmirah Shawel

KUCHING, 21 Mei: Bersempena Hari Gawai yang bakal tiba, syarikat minyak dan gas nasional, PETRONAS turut memeriahkan sambutan dengan menerbitkan filem berjudul Budak Terabai.

Filem berkenaan menonjolkan kesenian dan keunikan tarian tradisional Ngajat.

Ia berkisar tentang kesungguhan seorang pempengaruh media sosial, Toni yang mencari semula semangat kepahlawanannya melalui tarian berkenaan.

Anak muda itu berdepan cabaran apabila minatnya diragui oleh bapa saudaranya.

Pengurus Besar Kanan Kumpulan Komunikasi Strategik PETRONAS, Datin Anita Azrina Abdul Aziz berkata, penghasilan karya itu membawa erti besar kepada masyarakat Iban.

Katanya, ini kerana ia memaparkan semangat mempertahankan nilai kekeluargaan, kebersamaan dan warisan yang cukup kuat.

“Semangat ikatan kekeluargaan dan pemuliharaan warisan budaya mereka telah memberi inspirasi kepada penciptaan filem ini oleh PETRONAS.

“Ia menjadi sebahagian daripada tema sambutan perayaan PETRONAS pada tahun ini iaitu Roots for the Future,” katanya menerusi kenyataan.

Budak Terabai boleh ditonton menerusi YouTube dan Facebook rasmi PETRONAS. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan