Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika berucap dalam Majlis Makan Malan Juh Berjarah Raya 2023 di Dewan Kompleks Islam Sarawak (MAJMA) pada Sabtu. Foto: Kamilah Yunus (TVS)

Peruntukan RM6.5 juta untuk bina masjid di HUS – Abang Johari

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 20 Mei: Kerajaan Sarawak menyalurkan peruntukan berjumlah RM6.5 juta untuk membangunkan Masjid Al-Mushtasfa di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Khabar baik itu diumumkan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Makan Malam Juh Berjarah Raya 2023 di Dewan Kompleks Islam Sarawak (MAJMA) pada Sabtu.

Menurut beliau jumlah perbelanjaan projek tersebut merupakan cadangan daripada pihak HUS dalam usaha menambah baik ruang solat di hospital tersebut.

“Dengan pendapatan Sarawak yang semakin bertambah, maka saya setuju untuk memperuntukan RM6.5 juta bagi pembinaan masjid.

“Pertama, ia merupakan fardhu kifayah dan kedua, ia bagi membolehkan para pesakit yang tidak kritikal untuk menunaikan solat,” katanya.

Dengan dengan adanya masjid tersebut, Abang Johari berkata rukun fardhu kifayah dapat dilaksanakan seperti menguruskan solat jenazah.

Dalam masa sama, Abang Johari mendedahkan Kerajaan Sarawak telah memperuntukan RM600,000 kepada Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) untuk menaik taraf ruang ibadat bagi agama lain.

Turut hadir isteri kepada Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian dan Pengarah Hospital Umum Sarawak, Dr Ngien Hie Ung. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan