Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Siti Nurhaliza meluangkan masa ditemu bual selepas mengadakan persembahan Irama Sama Sama Kita di Kuching malam ini. Foto Mohammed Raffiq (TVS)

Peminat saya di Sarawak tidak pernah menghampakan – Siti Nurhaliza

BySheera Abang Mansor

KUCHING, 21 Mei: Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyuarakan hasrat beliau untuk membuat persembahan berskala besar di sini sebagai menghargai peminatnya.

Siti Nurhaliza berkata, perkara itu menjadi antara impiannya memandangkan sudah agak lama tidak membuat persembahan mega di Sarawak.

Kata penyanyi lagu Cindai itu, jemputan untuk mengadakan persembahan sempena Minggu Perpaduan 2023 di sini telah mengubat kerinduannya bertemu peminat di Bumi Kenyalang.

“Sewaktu menyanyi tadi, saya menyedari yang sebenarnya sudah lama tidak buat persembahan terbuka seperti ini.

“Sudah pasti saya gembira kerana dapat berjumpa dengan peminat di sini dan sebenarnya, orang Sarawak tidak pernah menghampakan, sentiasa menyokong saya,” katanya.

Sebelum itu, Siti Nurhaliza bersama Jaclyn Victor, Stacy, Alvin Chong, Johari Genrai dan Rickie Andrewson menghiburkan orang ramai pada slot Irama Sama Sama Kita bersempena Minggu Perpaduan Negara di Waterfront Kuching.

Kemunculan Siti Nurhaliza di pentas kira – kira pukul 9.58 malam tadi menerima sorakan peminat apabila menyampaikan dua lagu tradisional popularnya, Kurik – Kundi dan Joget Berhibur.

Siti Nurhaliza menyampaikan dua buah lagu popularnya pada persembahan Irama Sama Sama Kita di Kuching malam ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

Penyanyi itu kemudian turut membuat persembahan penutup bersama barisan penyanyi lain dengan menyampaikan lagu Sama Sama Kita.

Persembahan bermula pukul 8.30 malam itu dihoskan oleh Sherry Al-Hadad.

Ditanya kali terakhir melawat Sarawak, Siti Nurhaliza berkata, sudah lama tidak datang ke sini iaitu sebelum pandemik COVID-19.

Wartawan TVS, Sheera Abg Mansor sempat merakamkan foto bersama Siti Nurhaliza selepas menemu bual penyanyi berkenaan di Kuching malam ini. Foto Mohammed Raffiq (TVS).

“Ketika itu saya datang untuk urusan perniagaan dan bertemu dengan agen – agen yang mengedarkan produk saya,” katanya.

Mengenai makanan pula, Siti Nurhaliza mendedahkan yang dia pernah mencuba umai ketika melawat Mukah dahulu.

“Saya sentiasa teruja apabila dapat menikmati hidangan lain seperti Laksa Sarawak,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan