Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Palan endur tudah ditemu lemas pengudah ke nyala begulai enggau tiga agi bakih ke bukai. Foto:BBP Bintangor

Lelaki lemas ketika menangkap ikan di Bintangor

BINTANGOR, 21 Mei: Seorang lelaki dilaporkan meninggal dunia akibat lemas ketika menangkap ikan di Sungai Pedanun di sini, hari ini.

Insiden pada pukul 12.30 tengah hari tadi berlaku ketika mangsa, Welly Tedung, 37, dipercayai sedang menyelam untuk mencari ikan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Penolong Penguasa Bomba, Nicholas Belulin berkata, sepasukan anggota bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan kira – kira sejam kemudian.

“Operasi pencarian di atas permukaan air dan selaman terus dilakukan oleh anggota bomba dengan menggunakan peralatan khas.

“Mangsa ditemukan kira-kira lima meter dari tempatnya kali terakhir dilihat, ” katanya dalam satu kenyataan.

Berikutan itu katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang turut disertai oleh polis, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan penduduk kampung ditamatkan pada pukul 6 petang tadi.

Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan