Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hasbi (kanan), Dr Abdul Rahman (berdiri dua kiri) dan Yunus (berdiri tengah) menyambut ketibaan Fadillah (duduk) di Lubuk Sigantang bagi merasmikan Pesta Badudun dan Lumba Kerbau 2023. Foto: TVS

Kekurangan stok pasport biru masih membelenggu rakyat di Limbang – Hasbi

LIMBANG, 21 Mei: Kerajaan digesa tangani masalah kekurangan stok pasport biru di daerah Limbang yang dihadapi sejak cuti sekolah lepas.

Ahli Parlimen Limbang, Datuk Hasbi Habibollah berkata pihaknya menerima banyak aduan berhubung kekurangan dokument perjalanan terhad itu yang amat diperlukan sebagai dokumen penting untuk urusan keluar dan masuk di sempadan kedua-dua negara Malaysia (Limbang) dan negara jiran, Brunei Darussalam.

“Beberapa perkara yang disuarakan oleh rakyat dan agensi kerajaan di Limbang, besar harapan kami kalau Jabatan Imigresen Limbang ini dapat bangunannya dan pejabat sendiri, selain itu saya juga dihubungi berkenaan kehabisan stok pasport (terhad) berwarna biru,” katanya

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Pesta Badudun dan Lumba Kerbau 2023 di Kampung Lubok Sigantang, Limbang yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Sabtu.

Dalam perkembangan lain, Hasbi memohon agar kerajaan meluluskan projek pembinaan sebuah bangunan untuk menempatkan pejabat Jabatan Imigresen yang baharu di daerah Limbang.

Hasbi yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan berkata keperluan permohonan itu berikutan keadaan ruang pejabat sedia ada yang sempit dan tidak selesa untuk dibina di tapak bandar baru Limbang.

Selain itu, Hasbi turut meminta Kerajaan Persekutuan untuk membina sebuah kolej komuniti di daerah berkenaan yang disuarakan sejak sekian lama sejajar dengan hasrat kerajaan sebelum ini untuk mewujudkan satu institusi itu di setiap kawasan parlimen di Malaysia.

Pada masa sama beliau meminta agar kerajaan dapat mempercepatkan pembinaan bangunan Giat MARA Limbang yang mana kerja pecah tanah projek itu sudah dilakukan tahun lepas.

Hadir sama  Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Residen Bahagian Limbang Yunus Tambi, Pegawai Daerah Limbang Sulaiman Engal dan Pengerusi Persatuan Melayu Limbang (PML) Mohamad Abu Bakar.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan