Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekumpulan penyokong Perak dan Selangor 'bertempur' dalam stadium ketika aksi Liga Super di Stadium Perak malam tadi. Foto tangkap layar video media sosial.

Kecoh antara penyokong di Stadium Perak, empat lelaki ditahan

ByBernama

IPOH, 21 Mei: Polis menahan empat lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan 18 hingga 26 tahun dalam kekecohan yang berlaku antara penyokong pasukan bola sepak Perak FC dan Selangor FC di Stadium Perak di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner (ACP) Yahaya Hassan dalam kenyataan hari ini berkata polis mengesahkan kejadian itu berlaku pada pukul 9.17 malam setelah pihaknya mengesan satu video tular memaparkan berlakunya kekecohan tersebut menerusi aplikasi WhatsApp.

“Ujian saringan air kencing terhadap seorang daripada tahanan mendapati positif dadah jenis TFC (ganja),” katanya menambah keadaan kekecohan dapat dikawal pasukan polis bertugas di lokasi kejadian.

Selangor pesta gol benam Perak 4 – 0

Yahaya berkata kesemua tahanan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini untuk permohonan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Justeru, beliau menyeru orang awam yang menyaksikan atau mempunyai sebarang maklumat (video atau gambar) mengenai kejadian itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, ASP Chua Sze Yuan di talian 012-6195312 untuk membantu siasatan.

Media melaporkan perlawanan Liga Super antara Perak FC menentang Selangor FC di Stadium Perak malam tadi dicemari insiden pergaduhan membabitkan penyokong dua pasukan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan