Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Persembahan menampilkan pelbagai etnik sempena perasmian Minggu Perpaduan Negara di Kuching hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

Jadikan nilai perpaduan aset utama negara, titah Agong

ByBernama

KUCHING, 21 Mei: Semua rakyat Malaysia seharusnya menjadikan nilai perpaduan sebagai aset negara yang utama sekali demi masa depan, titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baginda bertitah rakyat juga harus mengurangkan perbezaan antara mereka dengan merapatkan jurang antara kaum dan agama.

“Seperti pepatah Inggeris, charity begins at home, berpatutanlah saya menyatakan di sini iaitu unity begins at home ataupun perpaduan bermula dari rumah,” titah baginda semasa merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan Negara peringkat kebangsaan di sini, hari ini.

Terdahulu, keberangkatan tiba baginda pada 11 pagi disambut Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berucap pada Sambutan Minggu Perpaduan Negara di Kuching hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

Turut menyambut keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Pada majlis sama, Al-Sultan Abdullah turut berkenan melancarkan lagu tema perpaduan yang menggabungkan pelbagai dialek di Malaysia bertajuk, Setia Perpaduan.

Rakyat pelbagai kaum bangga mengenakan pakaian tradisi masing – masing sempena perasmian Minggu Perpaduan Negara di Kuching hari ini. Foto Ahmad Nasrullah (TVS)

Minggu Perpaduan 2023 yang berlangsung dari 20 sehingga 28 Mei ini turut dijalankan di 15 lokasi di seluruh negara antaranya di Bertam Square, Pulau Pinang; Dewan Masyarakat Papar, Sabah; Dataran Tasik Kluang, Johor dan Pusat Rekreasi Pantai Balok, Kuantan, Pahang.

Bertemakan “Perpaduan Dalam Kepelbagaian”,  objektif utama penganjuran Minggu Perpaduan adalah untuk menyemarakkan semangat perpaduan serta menyebar pengetahuan, kefahaman dan penghayatan terhadap kepelbagaian adat serta budaya dalam masyarakat Malaysia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan