Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berucap pada perasmian Sambutan Minggu Perpaduan Negara di Kuching hari ini. Foto TVS.

Agong berkenan lancar lagu Setia Perpaduan

ByAkma Salleh

KUCHING, 21 Mei: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan melancarkan lagu Setia Perpaduan sempena perasmian Sambutan Minggu Perpaduan 2023, di sini.

Lagu berkenaan diilhamkan oleh Seri Paduka yang digubah oleh penyanyi terkenal, Datuk DJ Dave.

Antara barisan penyanyi terkenal yang mempersembahkan lagu itu ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Bob Yusuf, Suki Low, Melissa Francis, Sissy Iman, dan Hacharan Singh.

Majlis pelancaran berlangsung meriah di Waterfront Kuching hari ini turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang juga merupakan antara tetamu kehormat pada sambutan berkenaan yang bertemakan Perpaduan Dalam Kepelbagaian. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan