Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pagi ini. Foto: Faitullah Morni.

Agong berangkat tiba di Sarawak rasmi Minggu Perpaduan Negara

ByDayu Adruce

KUCHING, 21 Mei : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pagi ini untuk menyempurnakan pelancaran Minggu Perpaduan Negara peringkat kebangsaan di Kuching Waterfront hari ini.

Ketibaan Seri Paduka disambut oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Hari ini, Al-Sultan Abdullah juga berkenan untuk melancarkan lagu tema perpaduan yang menggabungkan pelbagai dialek di Malaysia bertajuk Setia Perpaduan.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga tiba di Kuching untuk menghadiri pelancaran program berkenaan hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan