Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fahmi merakam gambar kenangan bersama Datuk Julaihi dan Datuk Liwan serta wakil dari syarikat telekomunikasi yang hadir. Foto: TVS

Tiada syarikat telekomunikasi berjaya sediakan liputan 4G melebihi 96.92 peratus – Fahmi

ByTVS

KUCHING, 20 Mei: Dakwaan syarikat telekomunikasi tertentu kononnya syarikat mereka mampu memberikan liputan 4G melebihi 96.92 peratus di seluruh Malaysia adalah tidak benar, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Menurutnya, setakat ini belum ada lagi mana-mana syarikat telekomunikasi di Malaysia secara sendirinya mampu menyediakan perkhidmatan seluas itu ke seluruh Malaysia.

Oleh itu, beliau mencadangkan agar semua syarikat telekomunikasi berkerjasama dalam memastikan pengguna mendapat perkhidmatan liputan 4G di seluruh negara seperti yang diuar-uarkan sebelum ini.

“Realitinya belum ada syarikat telekomunikasi yang berjaya menyediakan liputan 4G melebihi 96.92 peratus ke seluruh negara atas kapasiti sendiri.

“Kalau parti politik boleh mengetepikan perbezaan dan mewujudkan Kerajaan Perpaduan, saya percaya syarikat telekomunikasi juga boleh berkerjasama dalam memastikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat.

Fahmi berkata demikian dalam ucapan perasmiannya bersempena Majlis Sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia (WTISD) 2023 disebuah pusat membeli belah terkemuka di Kuching pada Sabtu.

Antara yang hadir Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Julaihi Narawi, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Liwan Lagang, Ketua Setiausaha Kementerian Telekomunikasi dan Digital Datuk Mohammad Fauzi Md Isa dan Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Dato’ Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus.

Dalam ucapannya juga, Fahmi mahu memastikan pengguna mendapat perkhidmatan setimpal dengan bayaran perkhidmatan yang dikenakan syarikat telekomunikasi tanpa mengira lokasi atau negeri.

“Saya dari Kuala Lumpur mengambil satu pakej, apabila tiba di Sarawak dengan pakej yang sama, saya tidak mendapat liputan di beberapa kawasan tertentu.

“Di sini saya melihat ada keperluan untuk menserasikan perkhidmatan supaya bayaran pakej yang dipilih pengguna tidak kira postpaid atau prepaid, pengguna harus mendapat liputan di mana sahaja mereka berada diseluruh Malaysia,” tegasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan