Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian. foto: Zaim Zharfan (TVS).

Statistik pesakit kanser kanak-kanak di Sarawak membimbangkan – Dr Sim

KUCHING, 20 Mei: Kadar pesakit kanser dalam kalangan kanak-kanak di negeri ini meningkat setiap tahun dengan purata 60 hingga 70 orang, kata Dato Sri Dr Sim Kui Hian.

Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata ia tidak termasuk pesakit yang dimasukkan semula ke wad untuk rawatan lanjut.

Jumlah yang direkodkan itu katanya amat membimbangkan sekali gus menyumbang kepada punca kematian kanak-kanak di bawah usia 18 tahun.

“Di Sarawak, kita merekodkan antara 60 hingga 70 kes kanser kanak-kanak pada setiap tahun, dan saya dimaklumkan ini tidak termasuk kes-kes dalam kalangan kanak-kanak yang dimasukkan semula ke dalam wad atau kes berulang.

“Ini menjadikan jumlah kes yang dilaporkan adalah sebanyak 200 setahun dan angka ini amat membimbangkan kerana ia menjadikan kanser dalam kalangan kanak-kanak antara punca utama kematian mereka di bawah usia 18 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran 15th Childhood Cancer International (CCI) Asia Conference di Waterfront Hotel di sini hari ini.

Menurutya selain penyakit jantung, kanser antara penyumbang kepada statistik penyakit tidak berjangkit yang dicatatkan di Sarawak dengan lebih 3,000 kes setahun.

“Selain penyakit jantung, kanser merupakan penyakit tidak berjangkit yang sering dikesan di Sarawak, dengan lebih 3,000 kes dilaporkan saban tahun,” jelasnya.

Mengulas mengenai penganjuran persidangan itu, Dr Sim berkata ia merupakan platform penting khususnya bagi pengamal perubatan di negeri ini untuk lebih cakna perihal kanser kanak-kanak.

Dengan tema ‘Bridging The Gaps, Better Care And More Cures’ ia disifatkan relevan dalam memajukan penyelidikan perubatan khasnya kanser dalam kalangan kanak-kanak bukan hanya di Sarawak tetapi di seluruh dunia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan