Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawakpass, akses digital identiti rakyat negeri ini – Abang Johari

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 20 Mei: Sarawak berhasrat memiliki pas digital milik kerajaan negeri iaitu Sarawakpass, sebagai kad pengenalan identiti rakyatnya dalam versi maya, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata inisiatif pas digital berkenaan akan membolehkan individu mengakses perkhidmatan kerajaan, pengangkutan awam, pintu masuk ke bangunan, membuat pembayaran, menikmati diskaun, dan sebagainya.

Beliau memberitahu Sarawakpass dibangunkan terbukti berguna berdasarkan model kerja di Singapura yang dikenali sebagai Singpass.

“Platform identiti digital ini juga akan memacu penglibatan dan kecekapan untuk individu terlibat dengan semua sektor secara digital dengan pantas.

“Ini akan memotivasikan dan membawa kepada lebih banyak penglibatan, seterusnya meningkatkan aktiviti ekonomi dan sosial pertumbuhan inklusif dan kemakmuran.

“Platform identiti digital ini dijangka akan terus berkembang memacu penerimaan dan penggunaan S-PayGlobal menjadi sebuah trajektori eksponen,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelancaran Persidangan Keselamatan Siber Asia Pasifik (APSEC) 2023 di sebuah hotel terkemuka di sini, pada Sabtu.

Menurut beliau, faaedah kad maya yang dikuasakan oleh identiti digital memiliki pengaruh besar, meluas serta akan memberi kesan baik dari segi sosial mahupun dari segi ekonomi.

Justeru itu, beliau mahu penciptaan platform  identiti digital Sarawak yang berfungsi sebagai alat pengesahan maya identiti individu dalam dunia siber bakal memenuhi keperluan masa kini terutama untuk berurus niaga secara digital.

Abang Johari optimis penciptaan pasport digital tersebut akan membolehkan rakyatnya menyimpan maklumat identiti mereka di mana sahaja berada serta berkongsi dengan individu lain tanpa batas masa selain ia dapat disahkan oleh mana-mana entiti sama ada sektor awam atau swasta.

Oleh yang demikian, Abang Johari mendedahkan sebagai pendekatan holistik untuk lebih bersedia ke arah ekonomi digital, penciptaan pihak berkuasa pensijilan yang berpangkalan di Sarawak harus diselidik mengikut garis yang sama yang digunapakai oleh Singapura dan Kesatuan Eropah.

Menerusi langkah itu, tegas beliau, Sarawak akan mempunyai pakej keselamatan siber yang lebih lengkap terdiri daripada platform identiti digital, Sarawakpass dan pensijilan.

APSEC 2023 yang julung kalinya diadakan di Sarawak berlangsung selama tiga hari, Bermuda 19 hingga 21 Mei dengan memfokuskan kepada sekuriti siber yang berkaitan dengan ekonomi digital.

Ia menyaksikan penyertaan 500 peserta dari negara-negara serantau termasuk Filipina, Cambodia, Singapura, Indonesia dan dari negara timur tengah.

Hadir sama  Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian dan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan