Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan simbolik projek naik taraf bekalan air Kampung Sageng dan Kampung Kelka, Simunjan di sini, hari ini. Foto: Luqman Muhammad (TVS)

Sarawak cadang pasang antena pada tangki air aras tinggi, tingkat liputan internet

ByLuqman Muhammad

SIMUNJAN, 20 Mei: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bercadang untuk memasang antena pada tangki air aras tinggi bagi meningkatkan liputan Internet terutama di kawasan luar bandar.

Idea baharu itu tercetus menurut beliau akan memaksimumkan fungsi tangki air aras tinggi di Sarawak sekali gus mengurangkan kos pembinaan menara.

“Tadi saya bincang dengan Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi (Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi), kita ada tangki air aras tinggi, bukan sahaja boleh simpan air tetapi juga bagi tujuan Internet.

“Saya akan minta Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) untuk memasang antena liputan internet ini, tidak perlu lagi buat menara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Projek Jalan Gedong ke Kampung Semalatong, Simunjan di Gedong hari ini.

“Ini sesuatu di luar kotak, kalau sudah ada tangki maka kita boleh melengkapkan tangki yang tinggi itu dengan antena.

“Jadi kita harus memanfaatkan fungsinya sebagai menara telekomunikasi dalam masa sama ia adalah tangki aras tinggi selain menyimpan air,” ujarnya.

Dalam pada itu, Abang Johari turut mengadakan lawatan ke projek naik taraf bekalan air di Kampung Sageng dan Kampung Kelka di SK Sageng, Simunjan selepas lawatannya di Gedong.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan