Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Pelancaran Persidangan Keselamatan Siber Asia Pasifik (APSEC) 2023 di sebuah hotel terkemuka di sini, pada Jumaat. Foto: Aziz Soleh (TVS).

Premier Sarawak cadang tubuh pasukan siber, tangkis ancaman tanpa sempadan

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 20 Mei: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bercadang untuk menubuhkan pasukan pakar siber yang berpangkalan di negeri ini sebagai usaha menangani ancaman dan risiko aktif dalam dunia tanpa sempadan berkenaan.

Menurut Abang Johari, pasukan siber teras itu termasuk kerjasama daripada pemain industri tempatan dengan kepakaran keselamatan dan teknikal yang diperlukan serta mempunyai pautan dengan teknologi dan penyedia keselamatan siber global.

“Pasukan siber teras ini boleh menyediakan keselamatan terurus dengan mudah dan lebih berpatutan, serta menangkis risiko siber metodologi kepada semua sektor awam dan swasta.

“Dengan menggunakan model perkhidmatan berkonsepkan perkongsian ini yang memerlukan pelaburan yang tinggi dan sumber yang jarang diperoleh diperlukan untuk perkhidmatan kritikal (dalam kes keselamatan siber) boleh diperoleh dengan mengumpulkan sumber dan kemahiran sekali gus membolehkan perkhidmatan keselamatan siber kritikal tersedia dengan lebih meluas,” katanya.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Pelancaran Persidangan Keselamatan Siber Asia Pasifik (APSEC) 2023 di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini. Foto: Aziz Soleh (TVS).

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelancaran Persidangan Keselamatan Siber Asia Pasifik (APSEC) 2023 di sebuah hotel terkemuka di sini, pada Jumaat.

Abang Johari menambah, menerusi inisiatif itu, ia akan memberi manfaat kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang berdepan dengan cabaran kewangan dalam menyediakan sistem keselamatan siber mereka sendiri.

“Ia sama dengan bangunan pasukan keselamatan, atau balai polis tempatan yang ditambah dengan input dan perkhidmatan agensi perisikan pusat (CIA), yang mempunyai akses kepada pakar luar dan risikan keselamatan.

“Kita juga perlu membina budaya keselamatan di seluruh Sarawak dengan kesedaran siber tentang serangan siber, pemahaman risiko siber dan tanggungjawab peribadi dalam menguruskannya, “ jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan