Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan Datuk Sri Nancy Shukri sedang menggaul masakan di dalam kawah bersama tetamu yang lain pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Kampung Pulo Ulu semalam. Foto: TVS.

Penduduk Kampung Pulo Ulu pindah ke Darul Hana hujung tahun ini – Dr Abdul Rahman

KUCHING, 20 Mei: Penduduk di kawasan Kampung Pulo Ulu di sini dijangka akan berpindah ‘town house’ di Projek Pembangunan Penempatan Darul Hana pada hujung tahun ini.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata satu mesyuarat bersama agensi terlibat akan diadakan dalam masa terdekat bertujuan mengenal pasti tarikh siap projek pembinaan 60 buah rumah berkenaan.

Beliau mendedahkan sebelum ini, pihaknya pernah membina sebuah kediaman berkonsep serupa namun model kediaman itu tidak diterima oleh segelintir penduduk.

Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi memeriahkan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Kampung Pulo Ulu dengan menyumbangkan beberapa lagu bersama yang lain. Foto: TVS.

 

“Saya telah memaklumkan kepada pihak Jawatankuasa Kampung (JKK) yang terlibat mengenai maklumat yang diperoleh daripada beberapa agensi seperti Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA), Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) dan Jabatan Tanah dan Survei serta kementerian berkaitan bahawa konsep ‘Town House’ yang telah dibina dahulu tidak diterima oleh masyarakat tempatan.

“Maka konsep tersebut telah ditukar dan dibina semula rumah sedia ada. Jadi, 60 buah unit rumah ‘Town House’ telah diubah dan sedang dalam pembinaan.

“Kita akan memanggil agensi berkaitan untuk bermesyuarat bersama untuk mengenal pasti bila tarikh ia siap sepenuhnya untuk memberitahu penduduk Kampung Pulo Ulu untuk berpindah ke sana,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai itu berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Kampung Pulo Ulu pada Jumaat.

Datuk Sri Nancy Shukri sedang berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Kampung Pulo Ulu semalam. Foto: TVS.

“Saya difahamkan penduduk Kampung Pulo Ulu akan berpindah sebelum akhir tahun ini. Semoga perancangan tersebut dapat berjalan lancar,” katanya.

Turuh hadir Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Sri Nancy Shukri.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan