Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Majlis Pelancongan Malaysia Uzaidi Udanis. Foto fail: Bernama

Kutipan resit pelancongan berjumlah RM3.27 bilion, pencapaian luar biasa Kerajaan Sarawak

ByMuqri Aziz

KUCHING, 20 Mei: Resit pelancongan berjumlah RM3.27 bilion yang dikutip bagi tempoh Januari hingga April 2023 menyaksikan satu pencapaian yang luar biasa Kerajaan Sarawak.

Menurut Presiden Majlis Pelancongan Malaysia Uzaidi Udanis,  angka positif itu didorong dengan kemasukan pelancong ke Sarawak bukan sahaja memberi impak yang besar kepada ekonomi negeri ini bahkan turut membuka peluang besar kepada golongan usahawan tempatan.

“Apabila pelancong datang ke Sarawak, mereka akan mencuba produk-produk tempatan, mereka akan makan hasil daripada usahawan-usahawan tempatan dan jika pelancong menggemarinya mereka akan membawa jenama produk Sarawak ke pasaran antarabangsa.

“Pada masa sama, apabila pelancong dari luar negara ingin membeli produk-produk tempatan Sarawak ini, ia seperti jalan pintas untuk usahawan mengembangkan perniagaan mereka ke pasaran antarabangsa,” katanya.

Uzaidi berkata demikian ketika dihubungi TVS pada Jumaat bagi mengulas mengenai kenyataan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah yang menyatakan Sarawak mencatatkan resit pelancongan berjumlah RM3.27 bilion bagi Januari hingga April tahun ini.

Uzaidi juga percaya usaha Sarawak mengadakakan promosi berterusan ke pasaran antarabangsa seperti acara ikon tahunan; Rainforest World Music Festival (RWMF) serta destinasi tumpuan seperti Taman Negara Mulu akan menyumbang kepada sasaran kemasukan pelancong ke Sarawak yang disasarkan oleh Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak.

“Saya percaya dengan promosi yang konsisten di luar negara yang dilakukan oleh pihak kementerian termasuk penambahan penerbangan sewa khas ataupun berjadual, saya yakin Sarawak akan mencapai sasaran empat juta pelancong pada tahun ini,” ujarnya.

Pada Selasa, Abdul Karim optimis jumlah keseluruhan kedatangan pelancong ke Sarawak pada tahun ini dijangka akan menjangkau sasaran iaitu daripada tiga juta kepada empat juta pelancong.

Setakat April 2023, Sarawak mencatatkan jumlah kedatangan pelancong seramai 1,288, 036 juta berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu hanya 310,064 pelawat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan