GEDONG, 20 Mei: Kerajaan Sarawak memperuntukan RM250 juta bagi membina jalan Semalatong ke Gedong sebagai inisiatif meningkatkan ekonomi negeri terutama masyarakat setempat.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg optimis kemudahan itu akan membawa manfaat kepada orang ramai berikutan memendekkan jarak perjalanan menerusi jalan alternatif baharu tersebut.
“Jarak jalan baru ini kira-kira 26 kilometer (km) dan akan mengambil masa 30 minit untuk sampai ke Gedong dan kawasan ini juga berpotensi dalam sektor pertanian maka orang ramai akan mendapat manfaat melalui aktiviti pertanian dan ia akan menjadi sebahagian daripada penyelidikan yang akan dijalankan oleh Universiti Putra Malaysia. (UPM) cawangan Bintulu mereka akan membuat penyelidikan di sini dan juga Universiti Teknologi Swinburne serta universiti yang lain,” kata beliau.
Abang Johari uji pesawat bahan api SAF di LIMA’23
Abang Johari berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan majlis pecah tanah bagi projek pengambilalihan dan naik taraf jakan ladang sedia ada dari Gedong ke Kampung Semilatong Simunjan di sini, hari ini.
Menurut beliau, kemudahan jalan raya tersebut akan memberi peningkatan ketara kepada sosioekonomi dan secara tidak langsung meningkatkan pendapatan negeri setelah sektor pertanian dirancakkan di daerah Gedong.
Projek yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak itu bakal dilaksanakan Jabatan Kerja Raya JKR Sarawak melibatkan pembinaan dua jambatan dan dijangka siap dalam tempoh 36 bulan. – TVS