Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bercakap kepada pemberita hari ini.

Insentif rendah bukan penentu prestasi atlet Sukan SEA ke-32 Kemboja – Abdul Karim

ByNazirah Adlina

KUCHING, 20 Mei: Insentif rendah bukan faktor penentu prestasi atlet pada Sukan SEA ke-32 Kemboja baru-baru ini, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak itu percaya atlet negara bertanding atas kemahuan untuk meraih pingat untuk negara.

“Saya percaya sama ada (prestasi) meningkat atau menurun, insentif bukannya jadi penentu. Kita tanya sahaja kepada mana-mana atlet. Bagi mereka, berdiri di podium adalah perkara yang paling memuaskan dan bukanlah duit.

“Kalau ia berkenaan duit, siapa-siapa yang menang Olimpik dari Malaysia dijamin untuk mendapat RM1 juta, namun Malaysia tidak pernah meraih emas walaupun RM1 juta ditawarkan,” tegas Abdul Karim kepada pemberita di Majlis Pecah Tanah untuk Pusat Latihan dan Pertandingan Wushu di Petra Jaya Kuching, pada Sabtu.

Beliau yang diminta mengulas dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan antara faktor penurunan prestasi atlet di Sukan SEA Kemboja disebabkan oleh insentif yang rendah diberikan kepada atlet negara.

Sebaliknya kata beliau, antara yang menjadi punca kepada prestasi atlet lebih berkait rapat dengan keadaan politik dalam dunia sukan.

“Kadang-kadang mereka yang tak patut duduk dalam persatuan, mereka yang tak patut mengurus berkenaan dengan sukan, mereka yang diamanah untuk mengurus. Kadang-kadang orang politik tak perlu lah. Duduk dalam persatuan2 sukan dan sebagainya.

“Biar mereka yang betul-betul pakar dalam bidang itu untuk menjalankan tugas itu,” ujarnya.

Pada temasya sukan terbesar Asia tersebut Malaysia menduduki tempat ketujuh dan gagal meraih sasaran 40 pingat emas.

Malaysia pulang dengan hanya mengutip 34 pingat emas, 45 pingat perak dan 97 gangsa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan