Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Abdul Rahman bersama tetamu kehormat lain memeriahkan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran PKL. Foto: Pusat Khidmat Bukit Kota.

Bangunan PKL bakal tersergam indah sekitar Stadium Tertutup Limbang – Dr Abdul Rahman

LIMBANG, 20 Mei: Bangunan baharuĀ Persatuan Kedayan Limbang (PKL) bakal tersergam indah di atasĀ tapak baharu berhampiran Stadium Tertutup Limbangdengan keluasan lebih empat ekar.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata ia khabar baik buat masyarakat di sini selepasĀ peruntukan hampir RM6 juta bagi projek berkenaan telah diluluskan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Dr Abdul Rahman berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran PKL. Foto: Pusat Khidmat Bukit Kota.

Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota berkata, tapak lama yang dipersetujui sebelum ini berhampiran Masjid Jannatul Firdaus Bahagian Limbang tidak sesuai kerana berbukit dan risiko tanah runtuh.

ā€œSebenarnya persatuan telahpun melantik konsultan untuk membuat reka bentuk, di tanah yang telahpun diluluskan di kawasan Masjid Jannatul Firdaus, tetapi Premier Sarawak menyatakan bahawa tempat itu tidak sesuai sebab ia berbukit dan berdepan tanah runtuh,ā€ katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran PKL di Dewan Suarah Limbang pada Jumaat.

Menurut Dr Abdul Rahman lagi, Jabatan Tanah Dan Survei Limbang sudah mengenal pasti dan ditugaskan untuk menyukat tanah tersebut untuk diserah kepada persatuan berkenaan.

Dr Abdul Rahman sebaik tiba pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran PKL. Foto: Pusat Khidmat Bukit Kota.

ā€œPersatuan mencari tapak lain, yang lebih sesuai dan Alhamdulillah ada tempat itu tapi jauh sedikit pada masa ini di kawasan berdekatan dengan Stadium Tertutup Limbang,ā€ katanya lagi.

Bangunan baharu yang amat dinantikan masyarakat Kedayan di utara negeri ini akan memberi kemudahan bukan saja kepada masyarakat Kedayan itu sendiri, malah masyarakat pelbagai kaum dan agensi kerajaan lain. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan