Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sutekno Ahmad Belon ketika ditemui pemberita pada Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Majlis Hari Raya Aidilfitri AADK hari ini. Foto: Bernama

Akta baharu penyalahgunaan dadah bolehkan penagih selain dadah jalani rawatan di AADK

ByBernama

KAJANG, 19 Mei: Akta baharu berkaitan penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang yang bakal digubal, akan membolehkan penagih selain dadah menjalani rawatan dan pemulihan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), kata Ketua Pengarah AADK Sutekno Ahmad Belon.

Beliau berkata pada masa ini rawatan dan pemulihan penagih selain dadah seperti penagihan daun ketum bukan di bawah bidang kuasa AADK.

“Yang kita titik berat sekarang ini adalah untuk tambah baik akses kita dalam memulihkan penagih, contohnya untuk ketum, siapa yang menagih,” katanya katanya kepada pemberita pada Majlis Hari Raya AADK di Ibu Pejabat AADK di sini, hari ini.

Menurut Sutekno dengan adanya akta baharu itu kelak, penagih selain dadah seperti penagih ketum boleh disenaraikan di bawah AADK untuk dirawat di bawah agensi itu.

Isnin lepas, Bernama melaporkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan

Draf rang undang-undang bagi mewujudkan akta baharu berkaitan penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri pada bulan Julai ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan