Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
MYAirline berkata promosi yang merangkumi sehingga 4,000 tempat duduk tidak termasuk bayaran lain yang ditetapkan untuk perjalanan sehala.

MYAirline tawar harga tambang tetap bagi laluan Sabah, Sarawak

ByBernama

KUALA LUMPUR, 19 Mei: MYAirline kini menawarkan harga tiket penerbangan tetap pada RM300 bagi semua laluannya antara Kuala Lumpur dan Malaysia Timur bersempena sambutan pesta menuai Kaamatan dan Gawai.

Dalam kenyataannya hari ini, syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata promosi yang merangkumi sehingga 4,000 tempat duduk, tidak termasuk bayaran lain yang ditetapkan untuk perjalanan sehala.

Promosi harga itu yang boleh ditempah mulai 20-31 Mei, 2023, adalah bagi tempoh perjalanan pada 27-29 Mei, 2023 bagi laluan Sabah serta 29-31 Mei, 2023 bagi Sarawak.

Penumpang pesawat itu akan turut menikmati kemudahan bagasi daftar masuk seberat 20 kilogram.

“Kami berbangga dapat menjadi sebahagian daripada inisiatif kerajaan dalam menawarkan harga tambang tetap bagi penerbangan bersempena sambutan Kaamatan dan Gawai,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MYAirline Rayner Teo.

Menerusi tawaran harga asas tetap RM300 untuk tiket sehala, beliauu berkata MYAirline berharap dapat menyumbang kepada permintaan perjalanan serta mempromosi pengalaman budaya unik perayaan Kaamatan dan Gawai selama sebulan yang jatuh pada 1 dan 2 Jun ini.

Laluan penerbangan MYAirline bagi Malaysia Timur MYAirline termasuk Kota Kinabalu, Tawau, Kuching, Sibu dan Miri. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan